life.is.simple.but.complicated











Demam Akademi Fantasia bermula !

Salam Ukhwah,

hai, nampaknya, demam Akademi Fantasia dah bermula. Aku ? Sama la jugak berjangkit dengan semua orang. Family aku lagi la. Kalau Sabtu malam tu, jangan haraplah nak tengok tv channel lain. Pukul 8 malam sampai 11 malam semestinya Astro Ria. Kali ni, pelajar-pelajar Akademi Fantasia nampaknya lebih mantap dari tahun-tahun sebelumnya. Pertama kalinya aku mengenali pelajar-pelajar akademi fantasia, aku tengok muka-muka diorang semua macam ampeh je. Tapi, selepas hampir dua minggu di’tacap’ dalam Akademi, nampaknya mereka ni berbakat dan ada package yang bagus. Kalau aku, aku memang penyokong habis-habisan si Mawi yang cute tu. Alahai machonya mamat sorang tu. Bila aku katakan macam tu, member-member aku semua perli aku. “apahal botak tu juga kau suka?” ahahaha.. well, my taste is not yours. Mawi sememangnya berbakat besar. Seronok dengar dia nyanyi. Berpotensi besar menganggotai kumpulan nasyid negara kita. (Hijjaz Entertainment, bersiap sedia ye!) Felix pun tidak kurang hebatnya. Sepanjang aku di Sabah, especially di pekan Kota Belut, mana-mana kawasan aku tengok ada banner “AFUNDI FELIX”. Nampaknya, orang Sabah, especially orang Kota Belut memberi sokongan penuh kepada anak jati Sabah ni. Aku ada ternampak satu barner di pekan Kota Belut tu. “AFUNDI FELIX. FELIX MEMERLUKAN SOKONGAN KITA ORANG KOTA BELUT !” Wahh, siap berbanner-banner. Ye, orang-orang Johor, Sediakan banner sokongan untuk Mawi ye! Hidup Mawi !~



{June 9, 2005}   dah baru ! semuanya ok ?

Salam ukhwah,

dah berapa abad aku tak bergebang dalam blog aku ni ? hampir tiga empat bulan juga aku tak edit dan posting dalam blog aku. Kini, semuanya telah berubah. Funky, monkey.. pink karer gitu. Jenuh aku edit balik blog aku. Mula-mula tu, sakit hati juga. Coding asyik lari je. Senget sini senget sana. Tapi, alhamdulillah. Akhirnya, berjaya juga aku menghasilkan blog aku yang baru. Tak adalah canggih mana pun, just simple tapi absolutely nampak cantik dan menarik. Pembikinan blog ni mengambil masa dua tiga hari juga. Aku mula mengorak langkah mengubah blog aku ni sehari sebelum aku ke Sabah. dan hari ini, berjaya juga aku menghasilkannya. Hmm.. puas hati aku. Insyaallah, akan aku mengemaskinikan blog aku ni untuk menambahbaik lagi agar menjadi blog yang cemerlang,gemilang dan terbilang !



{March 19, 2005}  

aku.413.dan.maresmaMu

salam ukhwah,

Dah hampir tiga minggu aku tak bergebang dalam blogger aku ni. Hari ni, barulah berpeluang nak bergebang walaupun sebenarnya aku dah cuti hampir seminggu lamanya. Mana taknya, hari-hari mengadap kerja rumah yang tak habis-habis. Punyalah banyak setinggi gunung Everest (ye ke? wararimasen!). And, hampir dua minggu aku di’transfer’kan di MRSM Muar. So far, aku enjoy dekat sana berbanding dekat previous school aku tu (SESERi). Kalau nak dibandingkan antara kedua-dua sekolah tu, memang tak dapat dinafikan, memang banyak berbezanya. Tak kisahla dari apa jua segi pun. Berbeza memang berbeza! ahahaa..hidup dekat MRSM Muar memang best. Maktab dia best, asrama dia pun best. Senior-senior maktab pun baik-baik macam dekat Seseri dulu. Bila bercerita pasal senior ni. Aku rindu dekat senior-senior aku masa dekat Seseri dulu. Rasa regret pun ada gak. Ialah, masa aku keluar dari Seseri dulu, aku tak sempat nak jumpa dengan senior-senior aku yang sedorm dengan aku especially kak Kent, ex-cs aku yang memang best and sporting. Dendro 1 memang best. Macam-macam memories ada sepanjang aku duduk dalam Dendro 1 tu. I really miss them very much! Tapi, alhamdulillah, dekat maktab ni pun kakak-kakak senior semuanya prihatin. Macam dalam cube aku, senior aku ialah Kak Ikin dengan Kak Ain. Dua-dua sporting. Same batch aku, si Mon pun sporting gak. Waah, aku bersyukur sangat-sangat dapat roomates yang sporting and best.

Aku ditempatkan dalam kelas 413. Si Durga pulak 410. Terpaksalah berpecah kelas. Tapi, tak apalah untuk sem 1 je. Lepas ni kena rombak lagi kelas. Every sem rombak kelas. Aku, sebolehnya tanak rombak kelas sebab classmates aku semuanya best-best and sporting giler eventhoe diorang ni bolehlah dikategorikan sebagai nerd-nerd belaka. Tak kiralah lelaki ke perempuan. Dua-dua jenis sporting. Faezah, Ryo, Tuah, Joyah dengan Naim lah selalu menggempakkan kelas. Selalu buat lawak tengah-tengah waktu serius tu. Tak kisahlah, janji tak tidur. Kalau tak, tak pasal-pasal kena buat konsert free depan kelas yang dipanggil “talent hour”. Hmm.. Adik beradik Homeroom aku pun best jugak. Homeroom Waqur yang bermaksud ganas, kuat dan kukuh! chewah, memang ganas pun! Kasturi, Tuah, Jebat, Naim, Hafiz, Pekjah, Joyah, Peah, Atul, Mai dan Sheila memang best as well as Mama Homeroom Waqur, Ms. Fairuz yang comei lagi besh. hmm..

Tapi, apa-apa pun member-member lama tak pernah aku lupa. Ex-Seseri, Ex- Utaridgurlz dengan Ex-prestige tak pernah aku lupakan. Semua Ex-prestige dah berpecah. 100% daripada kitorang semua pergi asrama penuh. Syabas Prestiges batch 04 ! Sama la jugak budak-budak Utaridgurlz. Yg scorer pun banyak dah berhijrah ke asrama penuh. Lepas ni intake kedua mrsm keluar. Hai, sapalah lagi kena berhijrah jugak. Tapi, Apa-apa pun, Nurul and Zahran tak pernah aku lupakan… i will miss you guys forever n ever.. cayang korang semua… Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku sepanjang menghadapi perjalanan hidupku mencari ilmuMu ya Allah…. Ammin Ya Rabbal Alamin…

Wassalam,



{January 28, 2005}   tak mo gi SESERI !!!!!!!

salam Ukhwah,

aku tak nak gi SESERI dulu …!!!!! Hate it ..!! Hate it !!

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur (SESERI)

Dah dua hari berlalu, namun rindu aku masih tak terubat lagi. Hari ni, awal-awal pagi lagi dah pergi bank buka akaun BCB pula. Lepas tu, MARA call rumah betul-betul lepas aku balik dari pasar dan bank. MARA suruh register dekat SESERI dulu untuk sementara waktu. are you crazy MARA ? pembelanjaan dekat SESERI dah makan RM2000 untuk pendaftara sahaja. Itu belum masuk buku-buku latihan dengan buku kerja lagi. Lepas tu, senang-senang nak keluar dari SESERI pindah ke MRSM . MARA ingat bapak aku ni tokey jual tilam apa ? Mana family aku nak carik duit double hanya untuk pembelanjaan aku seorang ? Parents mana tak marah bukan ? Apa nak jadi ni. Aku memang tak nak sangat-sangat pergi Seri Puteri tu. Entahlah, aku nak pergi jauh dari rakan-rakan aku. Hilangkan kenangan lama terus. huwaaaaaa. Ya Allah, tempatkanlah aku di MRSM Ya Allah. Sedihnya.. dua, tiga kali aku duk fikir pasal SESERI ni. Kalau macam tu, hari Ahad ni dah kena duduk SESERI la. Sedihnya.. huwaaaaaaaaaaaaaa… dahlah jauh dari Nurul dan Zahran. Lepas tu, susah nak bercontact dengan Nurul, Zahran dengan Durga. Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. Ya Allah, hari-hariku bertambah besar dugaan kau berikan kepadaku… mungkinkah ada hikmah di sebalik nya ? Huwaaaaaaaaa.. SESERI, tidakkkkkkkkk..!!!!! tidakkkkkkkkkkkkkkk…!!!
Wassalam


{January 26, 2005}   kenanganku..
Salam Ukhwah,

Bermulalah hari-hariku dengan sepi..

hari ni, Nurul, Munirah, Fida, Emma, Zahran, Zahhar, Zaki, Safwan, Faiz, dan member-member aku yang telah menerima tawaran Sekolah Berasrama Penuh mula mendaftar. Maka, bermulalah hari-hari aku tanpa mereka lagi. Mereka sahabat-sahabatku yang best.Lebih-lebih lagi ex-4sc 1, Zahran, Zaki dan Zahhar. Yang paling sukar aku menerima hakikat perpisahan ialah terpaksa berpisah dengan Nurul dan Zahran. Diorang ni sahabat aku yang paling penting sekali dalam hidupku. Nurul dan Zahran tempat aku mengadu. Tapi, sekarang? siapa lagi aku nak mengadu ? Nak mengharapkan schoolmates yang baru nanti ? mesti mengambil masa yang lama untuk berkenalan dengan lebih rapat. Tambahan lagi, aku bukanlah jenis yang pandai berkawan. Mesti take time. hmm.. Dugaan hidup.. nak buat macam mana. Pasrah saja aku kepadaNya. Hairan dan musykil, kami bertiga rapat sekali (termasuk Saiful). Tapi, kenapa aku, terpaksa berpisah dengan dua orang tu ? mereka dapat sekolah yang sama.. aku ? Sekolah Seri Puteri. Oh tidak ! ni betul-betul dugaan besar yang pernah aku terima. Aku terpaksa melupakan sebentar Nurul dan Zahran demi meneruskan perjuanganku. Aku, Nurul dan Zahran masing-masing mengejar cita-cita yang sama. Tapi, terpaksa menempuh dengan haluan masing-masing. Huwaaaa.. sedihnya aku.And, im suppose to be in SESERI hari ni. Aku pun sepatutnya mendaftar hari ni. Tapi, abah kata terpaksa postpond dulu, sementara menunggu panggilan dari MARA. Huwaaa.. aku menganggur di rumah. Nak pergi sekolah lama, nama dah kena delete from registration. Bila duduk rumah, asyik terkenangkan Nurul dan Zahran.. Huwaaaaa.. sedihnya. Aku dah tak da tempat nak bermanja, mengadu dan bergurau senda. Nurul, Zahran and my dearest friends i love.. never forget me, study baik-baik.. i really miss all of our memories together.. Huwaaaaaaa…!!

“As we go home,
We remember,
All the times we,
had together…
And our life change,
come whatever,
we will still be.. FRIENDS FOREVER !”

Wassalam



{January 25, 2005}   MRSM ke SESERI ek ?
Salam ukhwah,
SESERI ke MRSM ek ? Waduh.. gawat deh..

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur

Maktab Rendah Sains Mara, BiTARA (Jasin / Taiping)

Assalamualaikum. Hari ni 25 Januari 2005. Sepatutnya, aku dah bertolak ke Kuala Lumpur. Esok register SESERI ! Tapi, abah tetap dengan pendiriannya. Nak masukkan aku ke MRSM (Taiping atau Jasin). Aku no komen. Pada aku, semua sekolah sama sahaja. Bergantung kepada kita, cara nak kendalikan diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang bertubi-tubi gitu. Aku tahu, abah dah tahu asam garam anak-anak dia yang sebelum aku ni. Perbezaan Sekolah Asrama Penuh (SBP) dengan Maktab Rendah Sains Mara (MARA). Kak long dulu, MRSM Taiping dan Angah lak, Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Dua laluan yang berbeza, tapi pembelajarannya tetap sama. Tidak dinafikanlah betul kata abah, MARA lagi menjamin masa hadapan berbanding SBP yang macam lintang-pukang sikit. MARA pun lebih ‘take care’ anak-anak buah dia berbanding SBP. Tapikan, sekarang ni otak aku dah simpang siul . MRSM ke SESERI ? Macam mana ni ? esok register day SESERI, Kuala Lumpur. Sedangkan aku masih belum ada kata muktamad nak masuk mana ? Aku, seboleh-bolehnya biarlah ditempatkan dekat SESERI. Dekat sikit dengan keluarga. Lagipun, ada Radeen dengan Hana. At least aku tak keseorangan berbanding aku di Maresmart nanti. Macam orang bodoh-bodoh je bila tak de kawan kat sana. Nak berkenalan, aku pula tak pandai ‘introduce’ diri. Takkan nak tunggu orang tegur kita baru nak berkawan ? Ye tak ? Bila dibelek-belek lambang SESERI tu.. berminat pula aku. Yelah ‘pink colour ma’ . hahaha.. you guys know right? that is my favourite colour ever. Kalau nak dicomparekan dari segi education status, memanglah MRSM lebih apa orang kata.. lebih ‘exciting’. Duduk dekat MRSM macam duduk dekat reasort. Semuanya serba lawa, cukup dan canggih. Cuba lah belek-belek gambar dalam asrama dia ni. Dalam satu bilik empat orang je. Kalau nak dibandingkan dengan SBP yang duduk dalam dorm ramai umat.. mestilah MRSM jadi pilihan bukan (Tapi tak juga.. bagi orang-orang yang penakut..mereka lebih utamakan dorm..huhu). Lagi satu yang membezakan MRSM dengan SBP ni, MRSM tiap-tiap tahun ada graduasi. Kira belum graduate lagi dah pakai jubah expert la ni. Best apa ? sure right ? dekat SBP mana ada semua tu. SBP dipendekkan cerita macam sekolah harian biasa. Cuma, taraf dia tinggi la dari sekolah-sekolah harian biasa ni. Hmm. Entahlah.. Telefon MARA ada saja jawapan dia berikan.. Cakap dapat tapi macam cakap ‘keling’ (oops.. jangan marah..) . Bila nak tahu dapat ke tak.. nanti-nanti, kami hantarkan surat.. tapi bulan Februari. Macam mana ni ? SESERI bagi tempoh 7 hari je mendaftar. Kalau lebih dari tu. Go to hell la ye.. Subhanallah, apa aku melalut ni. Entahlah, susah untuk aku memberikan kata putus. Keputusan di tangan Emak dan Abah. Aku hanya menurut perintah. Namun, macam mana pun, MRSM tak MRSM.. SESERI tak SESERI.. aku amat merindui sahabat-sahabatku.. Hai.. bila lagi kita akan bersua bergembira bersama. Utaridgurlz, aiza sayang korang semua.. Semoga kita tetap mengekalkan kecemerlangan yang gempak-gempak SPM 11A1 2006 ! Ammin Ya Rabbal Alamin..

kemudahan / event yang menarik minat aku ke MRSM

Wassalam



{January 24, 2005}   110657945870658170

Salam ukhwah,

Ingat Mati dan Lupa Mati

~~Barangsiapa yang mengingati mati, Allah akan memberikan 3 kemuliaan padanya:-

[1] mencepatkan bertaubat ke atas dirinya kerana mengaku dirinya itu lemah sebab Allah lebih berkuasa .[2] merasa senang hati dengan apa yang ada; tidak gelisah [3] sungguh2 dalam mengerjakan ibadah kepada Allah Ta’ala sebab mati yang akan dibawa ialah amal ibadah

~~Barangsiapa yang lupakan mati, Allah akan memberikan 3 kehinaan:-

[1] melambat2kan taubat, kalah dengan nafsu [2] tidak senang menerima apa yang ada [3] malas mengerjakan ibadat sebab merasa umurnya muda lagi

Ingat! Sesungguhnya, walaupun menghina diri sendiri kerana malas beribadah, mereka tidak termasuk dalam bilangan orang2 yang percaya hari Kiamat.

Wassalam


{January 24, 2005}   Sebuah Pertemuan
Salam Ukhwah,
SEBUAH PERTEMUAN
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
C/O 1: Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan
Tuhan Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
C/O 2: Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Ulang (*)
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Wassalam


{January 24, 2005}   kenanganku

Kenangan aku bersamamu sentiasa di hatiku selamanya..

salam ukhwah,

Tarikh 22 Januari 2005 pasti menjadi kenangan yang terpahat dalam hatiku. Kenangan yang akan aku bawa ke kehidupanku yang baru nanti di sekolah baru. Rasa berat hati sebenarnya nak berjumpa, bergather bersama. Bukan nak kata sombong, tapi, takut tak dapat menahan sebak sebab terpaksa berpisah setelah hampir tiga tahun berkawan. Bukan setakat kawan, malah kami dah macam adik-beradik. Bak kata Peanut, “rahsia kau rahsia aku gak..!”. Namun, qada’ tuhan dah mentakdirkan kami berpisah. Bukan untuk selamanya tapi, mungkin untuk sebentar tapi mengambil masa yang lama ! Huwaaa.. sedih sungguh. Tapi, rasa seronok bercampur gembira, bila bersatu bersama.. ber’together-gether’ bersama, bergelak bergurau sama-sama.. haii.. semua tu tinggal kenangan dalam sejarah. Aku, kaklong, radeen, munirah terpaksa berpisah daripada semua.. Begitu juga, Zahran, Zahhar, Zaki.. dan lain-lain.. kita semua ada haluan masing-masing untuk mencapai kejayaan di dunia dan diakhirat walaupun payah nak diungkap perkataan perpisahan itu. (Apa aku melalut ni?). Tak lama lagi, keputusan kemasukan MRSM panggilan kedua pula keluar and for sure, mesti ramai lagi yang terpaksa berpisah dari kami semua. Amy, deeja, saiful, tharmathas, durga, ahmad, izzad, belum dapat apa-apa tawaran. Tapi, aku dapat merasakan mereka-mereka ini bakal bergelar ‘Power of MRSM’ .. Ammin, aku mendoakan kejayaan korang semua! bila dikenang balik peristiwa tadi masa gathered dekat The Summit, Batu Pahat, dari pukul 11.30 pagi sampailah ke 4.30 petang, rasa macam suntuknya masa aku? kenapa aku dapat merasakan begitu cepat masa berlalu. Cemburu kah masa dengan aku ? Huwaaa… bila lagi aku nak spend masa-masaku dengan mereka-mereka semua ni ? Bila ? bila ? Mengambil masa yang lama for sure ! tidak..! tidak .. !! Namun, pada hakikatnya, aku perlu ‘face up’ dengan semua ni.. cabaran dan halangan hidup rempah ratus dalam kehidupan. Tapi, apa-apapun, sahabat-sahabatku.. adalah segala-galanya.. especially, Zahran dengan Nurul. I will missing you guys.. (Kenapa aku tak satu sekolah dengan Nurul dan Zahran ? Ya Allah, inilah dinamakan dugaan hidupku.. terpaksa berpisah buat sementara dengan orang yang amat aku perlukan dalam hidupku…) Sahabat.. jangan kau lupakan daku…Aku akan sentiasa mendoakan kejayaanmu di dunia dan diakhirat.. Ammin Ya Rabbal Alamin…
Wassalam


{December 23, 2004}   resah .. gelisah..~
resah.. gelisah..

Empat hari lagi.. hari-hari aku mengira.. berapa hari lagi result PMR nak keluar.. aku takut..aku risau..8a ke aku ni? huwaaa..takut-takut..hari-hari aku risau sampaikan kesihatan aku terjejas..batuk aku ni makin lama makin teruk, dah lama aku kena batuk.. tak pulih-pulih lagi sampai sekarang. Malam tadi, tak dapat tidur nyenyak.. susah nak bernafas.. *sign of semput* .. asyik bangun duduk diri baring je malam tadi.. nasib baik, mak aku bangun.. kasi ubat dekat aku..pukul 3 pagi time tu.. mak aku cakap, aku batuk sampai dengar dari bilik mak aku..huwaa..kuatnya.. hari ni, badan aku letih lesu je.. menaip pun perlahan, tak macam hari-hari biasa.. mungkin ubat batuk ni kuat sangat, sampai mengantuk gila-gila..tapi, yang menjadi problemnya, aku tak boleh nak tidur.. mata aku still celik walaupun badan dah lemah gemalai.huwaa.. susahnya hidup..dahla otak tengah kusut.. fikir pasal result PMR aku hari Isnin ni keluar.. badan pulak tak sihat.. makan pun tak selera..huwaaaaaaaa… sampai bila nak macam ni nih..sampai aku dapat result 8a ? huwaaa..8a ke aku? risaunya risau.. bila tak dapat 8a, aku rasa diri aku tercabar.. macam bodoh pun ada juga.. dalam otak asyik fikir..PMR sepatutnya boleh score gila-gila.. bukan susah tahap STPM pun..huwaaaaaaaaaaa… aku risau..aku risau.. tak score PMR macam tak score dalam hidup! Arrghh.. parah-parah.. hari-hari dok pikir..boleh jadi gila.. aku dah tak de mood nak tengok tv…nak chatting ke..nak wat blog member ke.. nak jalan-jalan ke.. huwaaaaaaa.. risau yang teramat.. PMR..PMR.. PMR… aku.PMR.dan.8a. huwaa.. mungkinkah aku? mungkinkah aku 8a ? mungkinkah aku top scorer TiGS PMR 2004 ? huwaaaaaa… Ya Allah, tenangkan hatiku yang gusar ini.. akuuu kerisauan!~ Ya Allah, kurniakan daku kecemerlangan 8a..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~



et cetera